Polis buka kertas siasatan terhadap Razman

Polis buka kertas siasatan terhadap Razman

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunong Semanggol, Razman Zakaria.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Satu laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 32 tahun berkaitan rakaman tular sejak kelmarin membabitkan ucapan calon Perikatan Nasional (PN) ketika berceramah.

“Ceramah itu didakwa pengadu mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat fitnahserta ditujukan kepada kepimpinan PH,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan beliau berkata, lima laporan polis diterima semalam berbanding dua laporan polis pada hari sebelumnya.

Katanya, sebanyak 123 permohonan permit ceramah diterima daripada parti bertanding dengan kesemuanya telah diluluskan.

“Pihak polis menasihatkan semua penyokong parti supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedang dikuatkuasa serta memberi kerjasama penuh sepanjang pilihan raya terutama ketika tempoh kempen berlangsung,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak dilaporkan mendakwa Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Menerusi portal itu, beliau juga didakwa berkata, DAP membawa agenda komunis manakala UMNO dan PH akan bekerjasama selepas PRU15. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.