GENAP seminggu tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pemerhatian mendapati masih belum ada mana-mana gabungan politik yang mampu menarik nafas lega kerana dapat meramal ‘tuah’ di enam kerusi Parlimen di Melaka. Bahkan, Pakatan Harapan (PH) yang begitu sinonim menguasai kerusi-kerusi bandar juga tidak boleh mendabik dada, berikutan perubahan demografi pengundi serta strategi lawan. Mengambil contoh Parlimen Kota Melaka yang dilabel kubu kuat PH, statusnya sebelum ini selaku kerusi putih…










