'PH 'gentlemen', PN senyap-senyap curi 10 ahli Parlimen BN'

‘PH ‘gentlemen’, PN senyap-senyap curi 10 ahli Parlimen BN’

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) lebih ‘gentlemen’ atau bersikap budiman dan beradab merintis kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) ke arah pembentukan kerajaan berbanding Perikatan Nasional (PN) secara senyap-senyap mencuri 10 ahli Parlimen untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebab itulah pertemuan BN dan PN yang sepatutnya dijadualkan pada dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali apabila gabungan parti itu kononnya sudah cukup nombor bilangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong pelantikan Muhyiddin untuk mengetuai kerajaan Pusat.

“Kepimpinan PH lebih ‘gentleman’ dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific, bagi membentangkan terma-terma dan tawaran mereka jika BN bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan bersama mereka.

“Sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat ‘dealing’ (berunding) secara senyap-senyap dan mencuri 10 orang ahli-ahli Parlimen untuk tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. 

“Hinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN, barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini pukul 3.30 petang. Itupun selepas mereka dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas punca kepimpinan BN berada di sebuah hotel dekat sini yang bertemu dengan kepimpinan PN.

Menurut Asyraf Wajdi, pertemuan itu sebenarnya selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN bagi membincangkan mengenai kerajaan perpaduan.

“Apa-apapun malam ini Majlis Tertinggi akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN sekali gus akan akur dengan Titah Tuanku Agong yang menitahkan agar BN sokong untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah nasihat Tuanku Agong agar dibentuk kerajaan Perpaduan ya?” soalnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya