Peruntukan lebih RM583 juta untuk pembangunan syiar Islam

Peruntukan lebih RM583 juta untuk pembangunan syiar Islam bukti komitmen kerajaan Selangor

MOHD. ZAWAWI AHMAD MUGHNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peruntukan lebih RM583 juta untuk pembangunan syiar Islam membuktikan Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin bagi melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan aktiviti keseluruhan melibatkan agama Islam di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, apa yang lebih utama peruntukan besar tersebut disalurkan demi mengimarahkan institusi agama Islam di negeri ini.

“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan peruntukan besar bagi pengurusan dan pembangunan syiar agama Islam di negeri itu melalui Jawatankuasa Agama Islam Negeri Selangor.

“Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM583,252,170.00 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri yang diluluskan dalam RMKe-12 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk aktiviti memperkukuh pentadbiran dan memperluas nilai kesejagatan agama Islam di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Zawawi berkata, pihaknya mengalu-alukan peruntukan besar yang diumumkan di dalam Sidang Bajet Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2023 semalam.

Jelasnya lagi, sebanyak RM390,084,000 turut diperuntukkan bagi tahun hadapan untuk tujuan urus tadbir agama Islam di negeri ini.

“Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited dalam memperkukuh dan memperluas nilai kesejagatan agama Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya