Pengundian Parlimen Batam digantung

Pengundian Parlimen Baram digantung

Sehingga semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima petisyen bantahan terhadap keputusan PilihanRaya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses pengundian di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram, Sarawak digantung kerana keadaan cuaca tidak baik pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan 11 pusat mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen berkenaan ekoran petugas tidak dapat  sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan  air. 

Justeru, kata beliau, tarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian. 

Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Long Naah, Sekolah Kebangsaan Long Luteng, RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah, Sekolah Kebangsaan Long Sait, Sekolah Kebangsaan Long Tungan dan Sekolah Kebangsaan Long Moh.

Selain itu ialah Sekolah Kebangsaan Long Mekabar, Sekolah Kebangsaan Long Jekitan, Sekolah Kebangsaan Long Lamei, Sekolah Kebangsaan Lio Mato dan Sekolah Kebangsaan Long Banga.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya