Pengundi DUN Tioman perlu hantar isyarat kepada kerajaan Pahang - Utusan Malaysia

Pengundi DUN Tioman perlu hantar isyarat kepada kerajaan Pahang

TUAN Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada ceramah umum PRU15 DUN Tioman di Bandar Baru Rompin di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman perlu menghantar isyarat kepada kerajaan negeri bagi menggambarkan kekecewaan dengan mengundi Perikatan Nasional (PN) sekali gus memberikan kemenangan kepada gabungan tersebut di kerusi itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekecewaan itu bukan sahaja dalam soal pembentukan kerajaan negeri malah kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, walaupun keputusan itu tidak mampu mengubah struktur pentadbiran kerajaan Pahang yang sudah dibentuk, ia akan menunjukkan hala tuju politik di negeri ini.

“Kemenangan di DUN Tioman tidak akan mengubah apa-apa dari segi struktur pentadbiran kerajaan Pahang, cuma dari segi isyarat, pentinglah.

“DUN Tioman ini jadi isyarat yang ditunggu-tunggu tentang hala tuju politik di Pahang, ramai pengundi rasa kecewa dengan apa yang berlaku, tapi kita kena buktikan dalam peti undi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah umum PRU15 DUN Tioman di Bandar Baru Rompin di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah cuba berunding secara berhemah dengan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRU15 Sabtu lalu, namun BN memilih untuk bekerjasama dengan PH.

“Kita dah adakan perbincangan dua, tiga kali dengan Pengerusi BN Pahang dan kita pun dah buat tawaran yang saya fikir adil dengan apa yang berlaku, tetapi keputusan dibuat, dia nak bersama PH, kami tak boleh buat apa-apalah,” katanya.

Bercakap soal rundingan bagi membentuk kerajaan negeri, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan supaya PN dan BN Pahang mencari jalan tengah dan Seri Paduka memberi cadangan pembahagian jawatan menggunakan formula 4-4-2.

“PN dapat empat jawatan, untuk BN empat (jawatan) dan dua PH, saya balik bincang, kita (PN) rasa tak ada masalah, kita boleh bentuk (kerajaan negeri) sebab kita menerajui.

“Tapi dia (Wan Rosdy) beritahu saya sebelum masuk jumpa (menghadap) Tuanku, kami (BN) setuju dengan syarat PN kita bagi satu kerusi (jawatan), PH dua kerusi (jawatan).

“Kami (PN) menang 17 DUN, PH menang lapan sahaja. Saya kata terima kasih banyaklah, saya maklumkan kepada Tuanku, keputusan telah dibuat oleh BN untuk bersama PH,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya