Pengalaman sebagai peguam bantu dekati rakyat

Pengalaman sebagai peguam bantu dekati rakyat

SHASHA LYNA ABDUL LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

mukadimah
TIDAK gentar berdepan nama-nama besar, calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Ampang, SHASHA LYNA ABDUL LATIFF, 38, percaya pengalamannya sebagai bekas peguam cukup kuat untuk menabur bakti kawasan tersebut.
Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, AQILAH MIOR KAMARULBAID, anak jati Ampang itu juga yakin PN mampu kembali dan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan dengan adil dan bersih.
Malah, graduan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yakin tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada PN tidak menjadi kudis ekoran rakyat sudah bijak menilai yang mana permata, yang mana kaca.

UTUSAN: Sudah bersedia berdepan cabaran dalam dunia politik?
SHASHA LYNA: Insya-Allah. Ini bukan perkara baharu bagi saya. Saya sudah berkecimpung dalam politik sejak mula menjadi peguam. Kita banyak memberi bantuan guaman serta menjalin kerjasama dengan ahli-ahli politik. Dari segi persediaan alhamdulillah sokongan mental daripada keluarga, suami dan anak-anak walaupun masih kecil tetapi cukup kuat. Kita ada sistem sokongan yang sangat kuat.

UTUSAN : Tidak sayangkah meninggalkan kerjaya sebagai peguam dan Pegawai Khas Undang-Undang Kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menceburi politik?
Ia bukanlah satu kehilangan atau meninggalkan kerjaya, kerana penglibatan dalam politik adalah sesuatu proses yang sihat untuk saya memajukan diri melakukan banyak perkara. Kerjaya sebagai peguam sebelum ini membuka lebih banyak peluang dan perkara yang boleh dilakukan sekiranya menjadi ahli politik.
UTUSAN Jika dilihat banyak janji manis yang ditawarkan dalam manifesto PRU kali ini dan sejauh mana PN boleh menepati janji?
Barisan Nasional (BN) pernah menjadi kerajaan selama 60 tahun tetapi kita hanya dapat pemimpin yang mempunyai kes mahkamah.
Pakatan Harapan (PH) pula rekod pencapaiannya sangat buruk. Tiada satu pun manifestonya ditunaikan sepanjang 22 bulan.
PN mula di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun berdepan krisis ekonomi serta kesihatan dan pandemik Covid-19 tetapi beliau berjaya keluarkan kita daripada pandemik dengan jayanya. Beliau terpaksa letak jawatan kerana isu politik bukan disebabkan gagal dalam isu rakyat.

UTUSAN: Bolehkah PN menang sedangkan dilabel pengkhianat?
Rakyat boleh bezakan mana satu kerajaan yang boleh memimpin dan juga menjaga kebajikan rakyat.

Jadi, hal-hal pengkhianatan ini adalah satu situasi yang diuar-uarkan oleh PH hanya untuk mengalihkan pentadbiran mereka yang gagal semasa memimpin kerajaan masa itu.
Muhyiddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah ceritakan apa yang sebenarnya berlaku ketika Langkah Sheraton. Kalau kita baca dan teliti, mereka bukan pengkhianat tetapi sebenarnya penyelamat yang berjaya menyelamatkan Malaysia ketika berdepan krisis.

PN menjanjikan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya menang pada PRU15. Bolehkah dilakukan dalam ketegangan ekonomi sekarang?
Untuk manifesto PN pula sudah tentunya Muhyiddin membuat kajian secara terperinci dan tidak akan berjanji sesuatu yang luar biasa hanya untuk menang pilihan raya. Beliau bukan seorang pemimpin yang memungkiri janji dan semestinya kalau boleh, beliau akan buat. –UTUSAN

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya