Penduduk terjejas banjir tetap mahu mengundi

Penduduk terjejas banjir tetap mahu mengundi

PENDUDUK meredah banjir untuk keluar masuk ke kampung mereka di Batu 7, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Banjir yang me­landa beberapa tempat di negeri ini bukan halangan buat mangsa yang terlibat banjir untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di si­ni mendapati, penduduk yang ter­libat banjir berkata mereka te­tap mahu keluar mengundi wa­laupun terpaksa meredah air banjir.

Seorang pengundi di kawasan yang dilanda banjir di Batu 7, Jalan Changkat Jong di sini, Zulkifli Bakar, 40, berkata, dia bersemangat untuk mengundi kali ini dan telah balik kampungnya di sini sejak minggu lalu semata-mata untuk mengundi.

Katanya, dia bekerja di Tro­noh namun mengundi di Parlimen Teluk Intan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong.

Jelasnya, dia sedia menghadapi apa juga keadaan termasuk kemungkinan banjir semakin buruk namun dia tetap mahu keluar mengundi esok.

“Saya balik kampung Jumaat lepas dan terus berada di kampung untuk melihat suasana dan kemeriahan kempen PRU15.

“Pada awalnya kawasan ini tidak berlaku banjir tapi sejak kelmarin kawasan ini dinaiki air dan semakin lama semakin dalam.

“Namun apa pun keadaan ban­jir ini, saya tetap nak keluar ke pusat mengundi esok, saya rasa gembira nak mengundi esok,” katanya.

Sementara itu, setakat pagi semalam, bilangan mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 856 orang daripada 235 keluarga berbanding 615 mangsa daripada 108 keluarga kelmarin.

Kesemua mangsa daripada 25 kampung di tujuh buah daerah telah dipindahkan ke 13 buah pu­sat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat sejak pe­tang semalam.

Pertambahan itu membabitkan daerah Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung, Larut Matang dan Selama (LMS) serta Kerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya