fbpx

Pendirian PH sokong calon BN di DUN Tioman tidak gugat Pas

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH

KOTA BHARU: Pendirian Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tidak menggugat fokus Pas dalam usaha merampas kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 7 Disember ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya yakin sokongan rakyat terhadap Pas dan parti komponennya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak tergugat berpandukan kepada keputusan sebelum ini.

“Kita tidak nampak persaingan walaupun tiga penjuru sekalipun, saya kira (Pas dan PN) ada potensi (untuk menang),” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam, Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan komponen PH memberi laluan kepada calon BN bagi PRU15 DUN Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli dilaporkan sebagai berkata, parti itu memandang PRU15 DUN Tioman sebagai pertembungan kerajaan baharu negeri ini dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.

Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Johari Hussain; calon Bebas, Sulaiman Bakar; calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Osman A. Bakar; calon PH, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly; dan calon PN, Nor Idayu Hashim.

Pada PRU15 Sabtu lalu, PN merampas kerusi Parlimen Rompin yang sebelum ini kubu kuat BN dan menang kerusi DUN Bukit Ibam. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN