Pejam temukan Khai Bahar, Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Pejam temukan Khai Bahar, Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Khai Bahar bakal tampil dengan lagu duet bersama penyanyi, Adira Suhaimi berjudul Pejam.

Khai yang ditemui pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37, baru-baru ini memaklumkan, lagu itu akan menemui peminat sekitar tahun hadapan.

“Lagu tersebut selesai dirakamkan pada 11 Februari lalu, sehari sebelum konsert Nafas Cinta. Saya tahu ramai yang menanti kehadiran lagu ini kerana sudah lama siap dirakamkan.

“Cuma, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk membuat rakaman video muzik.

“Lagu itu memang akan keluar, insya-Allah sekitar tahun depan. Buat masa ini, belum ada tarikh ditetapkan,” katanya.

Khai sebelum ini pernah berduet dengan beberapa penyanyi wanita antaranya Aina Abdul menerusi lagu Nafas Cinta dan Lia Aziz dalam Kaulah Syurga.

Pejam merupakan antara lagu yang dipersembahkan secara eksklusif pada konsert Nafas Cinta yang turut menampilkan Adira dan Aina.

Sementara itu, Khai turut memaklumkan, dia juga sudah tidak sabar menantikan reaksi peminat terhadap lagu tersebut.

“Lagu itu ada kekuatan tersendiri dari segi persembahan vokal dan susunan melodinya.

“Bagi saya, ia sebuah lagu yang berpotensi untuk dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya