Pemuda MIC gesa SPRM siasat Prabakaran

Pemuda MIC gesa SPRM siasat Prabakaran

K. SASHI memegang laporan polis yang dibuat bagi mewakili Pemuda MIC berhubung dakwaan P. Prabakaran. - IHSAN PEMUDA MIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran yang ketika ini masih tidak mengemukakan bukti berkenaan dakwaan beliau disogok sebanyak RM10 juta oleh MIC.

Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan, K. Sashi berkata, berikutan itu dia turut membuat laporan polis terhadap Prabakaran yang juga calon daripada Pakatan Harapan (PH) berkenaan dakwaan tersebut.

Dia yang juga Ketua Pemuda MIC Batu menggesa SPRM melakukan siasatan segera atas kegagalan Prabakaran melaporkan kegiatan rasuah seperti yang didakwanya.

.“Hari ini saya selaku merangkap Ketua Pemuda MIC Batu, telah membuat satu laporan polis terhadap Prabakaran atas kenyataan beliau yang mendakwa pihak MIC ada membuat tawaran sejumlah RM10 juta untuk melompat parti dan menyertai MIC,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular  klip video dalam laman media sosial memaparkan Prabakaran mendakwa terdapat pihak menawarnya RM10 juta untuk berpindah parti iaitu ke MIC dalam ceramahnya.

Susulan itu, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk Rajah Symon membuat laporan polis bagi membuktikkan bahawa tiada pihak daripada MIC yang pernah menawarkan perkara tersebut kepada Prabakaran.

Malah, Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip sendiri menggesa Prabakaran membuat laporan kepada SPRM bagi memastikan dakwaanya adalah benar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya