Pemandu lori mengaku salah rogol anak tiri  - Utusan Malaysia

Pemandu lori mengaku salah rogol anak tiri 

TERTUDUH (tengah) yang dijatuhi hukuman penjara 19 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perbuatan keji seorang pemandu lori tergamak merogol anak tirinya membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman turut mengenakan hukuman 20 sebatan selepas tertuduh yang berusia 30 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun di sebuah rumah di daerah Marang pukul 3 pagi pada Oktober 2021.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan keji itu di lokasi sama kira-kira pukul 3 pagi, bulan lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sebaik sahaja pengakuan bersalah direkodkan, tertuduh dikenakan hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan pertama dan lapan tahun penjara serta 10 sebatan untuk kesalahan kedua.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman secara berasingan bermula tarikh ditangkap iaitu 12 November.

Prosiding pendakwaan dikendalikan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya