Kuala Lumpur jadi pilihan Play Nation buka ruang pameran, jualan

Kuala Lumpur jadi pilihan Play Nation buka ruang pameran, jualan

DUA beradik kembar yang juga pengasas bersama Play Nation, Wong Kai Jun dan Wong Kai Lin pada pelancaran Play Nation di The Exchange TRX, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat barangan comel dan koleksi karakter popular kini mempunyai satu lagi destinasi apabila Play Nation, jenama permainan dan gaya hidup kelahiran Singapura, membuka pop-up sulungnya di The Exchange TRX, di sini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Play Nation, Kai Jun Wong berkata, sambutan peminat tempatan terhadap kempen dan pop-up sebelum ini menunjukkan komuniti pengumpul di Malaysia begitu berminat dengan produk jenama itu.

Katanya, komuniti pengumpul di Malaysia begitu bersemangat dan sambutan terhadap kempen kedai berkenaan menunjukkan Malaysia memerlukan lebih daripada sekadar pop-up.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahu peminat Malaysia mengalami Play Nation dengan koleksi baharu, suasana dan komuniti yang menjadikan pengalaman bermain lebih bermakna,” katanya pada pelancaran Play Nation di ibu kota di sini semalam.

Ruang berkenaan menawarkan pelbagai koleksi menarik termasuk Care Bears, Hello Kitty, Sanrio dan LINE Friends yang pastinya mencuri perhatian peminat barangan koleksi.

Selain membeli-belah, pengunjung turut boleh menikmati pengalaman interaktif menerusi ruang Do-It-Yourself Bar dan sudut bergambar bertemakan Play Nation.

Antara aktiviti menarik ialah menghasilkan Ocean in a Bottle, iaitu cenderamata kecil bertemakan lautan yang boleh dihias mengikut kreativiti sendiri pada harga RM29.90 sebotol.

Pengunjung juga boleh mendapatkan satu botol secara percuma dengan pembelian minimum RM150.

Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah Play Nation Heritage Series yang mengetengahkan elemen nostalgia Malaysia dan Singapura menerusi rekaan rumah kedai, kedai mamak, tingkat dan kopitiam.

Peminat Care Bears pula boleh mendapatkan koleksi Care Bears x Play Nation Global Collection, manakala peminat Hello Kitty dan rakan-rakannya boleh memilih pelbagai koleksi Sanrio dalam bentuk patung kecil, blind box dan aksesori pada Harga promosi.

Play Nation turut mempunyai pop-up di Intermark Mall dan ruang khas di beberapa cawangan Parkson termasuk 1 Utama, IOI City Mall, Sunway Velocity, Labuan dan Setia City Mall. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×