Pejabat Anwar tumpuan pemimpin PH - Utusan Malaysia

Pejabat Anwar tumpuan pemimpin PH

Perkarangan Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tiba di Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang tadi

Respon kepada media, beliau berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan dengan pengerusi pakatan itu. 

“Saya datang untuk berjumpa dengan Anwar.

“Ya, pemimpin PH akan hadir sekali namun tidak pasti perjumpaan ini akan makan masa berapa lama,” katanya ringkas. 

Menurut kenyataan media Istana Negara, esok akan diadakan menghadap secara individu in dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi.

Ia adalah bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN