Pecahan tembikar zaman neolitik ditemukan di Gua Keris

Pecahan tembikar zaman neolitik ditemukan di Gua Keris

MOKHTAR Saidin (kiri) menunjukkan penemuan artifak ditemukan di Gua Keris, Dabong, Kuala Krai, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Beberapa artifak berusia antara 1,000 hingga 5,000 tahun yang dipercayai digunakan pada zaman neolitik ditemukan di Gua Keris, Dabong, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan, Prof Datuk Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan itu melibatkan serpihan seramik berupa tembikar ditemukan di permukaan tanah dalam kawasan gua berkenaan.

“Bagaimanapun, penyelidikan lebih saintifik perlu dilakukan bagi membolehkan artifak lain yang masih belum diganggu ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Daerah Dabong (MDD) di sini hari ini.

Mokhtar memberitahu, bahan artifak itu ditemukan sepasukan pegawai Jawatankuasa Pelaksana Geopark ketika membuat penilaian Stong Geopark membabitkan tiga gua di Dabong iaitu Gua Keris, Gua Pagar dan Gua Ikan.

Katanya, selain tembikar, cengkerang siput sedut turut ditemukan pengkaji yang merupakan bahan makanan dan juga barang pengebumian masyarakat pra sejarah.

PENEMUAN artifak dipercayai cangkerang siput sedut dan pecahan tembikar ditemuikan di Gua Keris, Dabong, Kuala Krai, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI

“Kita akan membawa keluar beberapa sampel sahaja untuk diserahkan kepada MDD untuk tindakan lanjut dan masih banyak cengkerang siput sedut itu serta pecahan tembikar berada di lokasi berkenaan,” ujarnya.

Mokhtar berkata, untuk kajian lebih lanjut, pihak MDD boleh membuat permohonan kepada Jabatan Warisan Negara supaya melakukan kajian di lokasi berkenaan.

“Sekiranya pihak kami dibenarkan melakukan kajian, bahan ini akan dihantar ke makmal pentarikhan di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya