PBRS akur keputusan BN

PBRS akur keputusan BN

ARTHUR JOSEPH KURUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan akur dengan keputusan yang bakal dibuat bersama kepimpinan Barisan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan dan kebaikan negara. 

Timbalan Presidennya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, PBRS dan BN sentiasa memperjuangkan keperluan untuk mengembalikan kestabilan negara dan tidak boleh biarkan kemelut politik ini berlarutan. 

Katanya, sikap itu adalah tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan negara. 

“Maka Barisan Nasional terpaksa membuat keputusan untuk bekerjasama dengan satu pihak supaya kerajaan baru dapat diwujudkan dan kerajaan dapat terus berfungsi.

“Sebagai parti yang sentiasa mengutamakan rakyat, PBRS akan akur dengan keputusan yang akan dibuat bersama oleh kepimpinan BN untuk mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan dan kebaikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam ketika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Seri Paduka menitahkan agar BN menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Langkah itu ekoran apabila tiada parti meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat pasca PRU15.

Semalam, mesyuarat MT UMNO memutuskan yang menyokong kerajaan perpaduan tanpa melibatkan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Arthur, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menghasilkan Parlimen tergantung di mana tidak ada parti mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Katanya, sebenarnya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai parti yang menang kerusi paling banyak mewujudkan kerajaan bersama tetapi mereka tidak dapat buat demikian.

“Yang di-Pertuan Agong telah bertitah supaya semua pihak mewujudkan kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan kemelut politik sekarang. Tetapi PN telah menyatakan mereka tidak ingin buat demikian.

“Sebenarnya PBRS bersama dalam BN  telah membuat keputusan Dewan Tertinggi pada 22 November lalu untuk menjadi neutral dan kekal sebagai pembangkang untuk menghormati keputusan pengundi dalam PRU15 yang memberi kerusi lebih kepada PH dan PN. 

“Tetapi mereka (PN dan PH) masih gagal untuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama, katanya.

Dalam pada itu, Arthur merayu supaya solidariti dalam BN diperkukuhkan kerana kini bukan masa yang sesuai untuk mewujudkan konflik diantara rakan komponen dan kepimpinan. 

“Kita boleh bincang kita boleh bagi pendapat, tapi akhirnya kita mesti bersatu kembali. Rakyat mengharapkan kita sekali lagi menyelamatkan negara daripada kemelut politik ini. 

“Secara tidak sengaja, sekali lagi dacing dipanggil untuk mengimbangi keadaan politik negara,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya