PBM sokong PH jika menang PRU15

PBM sokong PH jika menang PRU15

ZURAIDA Kamaruddin bersama penyokong dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PBM Parlimen Ampang, Selangor. -UTUSAN/FIRDAUS JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menyokong mana-mana kerajaan yang terbentuk selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Calon PBM Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya terbuka untuk menyokong kerajaan dibentuk kelak termasuk Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti itu menang dengan majoriti mudah.

“Kita akan bersama ‘goverment of the day’ demi kepentingan pengundi kawasan dimenangi PBM. Tidak kira PH, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PBM Parlimen Ampang dekat sini hari ini.

Ketika ditanya sekiranya keputusan PRU15 tergantung, Zuraida berkata, PBM akan menjadi ‘king maker’ atau penentu untuk melengkapkan majoriti mudah ke arah pembentukan kerajaan.

Namun katanya, segala-gala bergantung kepada keputusan PRU15 pada 19 November ini.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, pihaknya sedang mengintai dua kawasan Parlimen untuk ditandingi sekali gus menjadikan enam kerusi Dewan Rakyat akan dipertaruhkan PBM dalam PRU15.

Katanya, selain beliau yang akan mempertahankan Ampang, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar juga diletakkan parti di Parlimen Segamat.

Katanya, Presiden PBM, Datuk Larry Sng di Julau manakala Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha pula diumumkan calon kerusi Hulu Selangor.

“Kita akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak iaitu Tronoh dan Malim Nawar,” katanya.

Sementara itu, Zuraida memberitahu, krisis dalaman parti membabitkan beliau dan Larry selesai dan tumpuan kini memfokuskan untuk memenangi PRU15.

“Kita yakin menang PRU15 memandangkan mempunyai lebih 200,000 ahli di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

 

Senarai Calon PBM

1. Datuk Zuraida Kamaruddin – Ampang

2. Datuk Seri Dr. Santhara Kumar – Segamat

3. Haniza Mohamed Talha – Hulu Selangor

4. Datuk Larry Sng – Julau

Dua calon DUN masih belum diumumkan.

1. Tronoh

2. Malim Nawar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya