Pas tolak parti yang ekstrem - Hadi

Pas tolak parti yang ekstrem – Hadi

Hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Pas praktikal dan sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik kecuali DAP.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan parti itu bersifat rasis dan ekstrem boleh dinilai secara praktikal menerusi kerjasama yang dibentuk dan dilakukan oleh parti tersebut.

“Pas parti yang praktikal, kita bersama Gerakan dan Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) ada bersama kita dan mereka bukan Islam.

“Kita mengadakan kerjasama dengan semua pihak, bahkan apa yang menarik MCA, MIC termasuk parti Sabah dan Sarawak beri akaun bersumpah (SD) sokong kita bentuk kerajaan baru-baru ini, kecuali DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas ceramah Perikatan Nasional (PN) di Bandar Baru Rompin di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung dakwaan yang menyatakan Pas adalah sebuah parti yang rasis dan ekstremis.

Abdul Hadi berkata, Pas berkawan dengan semua orang sama ada Islam ataupun bukan Islam tetapi menolak pihak yang ekstrem.

“Kita berkawan baik yang Islam, yang bukan Islam, semua dah ada. Yang ekstrem kita tolak. Ini sahaja yang menyelamatkan negara kita. Orang Cina pun tak suka yang ekstrem ini sepatutnya, orang India pun tak suka yang ekstrem ini. Apa yang kita, orang Melayu kita, hidup elok-elok.

“Kita kena sedar bagaimana kita hidup selama ini orang Cina, orang India, keluarga kecil boleh hidup di tengah masyarakat Melayu di Kelantan, di Kedah, di Terengganu, tak jadi masalah di Pahang pun.

“Ini nak huru-harakan, ini tak boleh. Kita kena tolak pendekatan yang huru-hara ini. Jadi marilah kita bersama Perikatan Nasional (PN), insya-Allah kita selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.