Pas didakwa lakukan kesalahan rasuah kempen PRU15

Pas didakwa lakukan kesalahan rasuah kempen PRU15

AHMAD Said (dua kanan) melawat penduduk yang mengalami kecederaan patah kaki selepas majlis perjumpaan dengan penduduk di PPRT, Alor Lintang, Besut, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Pas melakukan kesalahan rasuah apabila menggunakan wang  pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kesalahan tersebut didakwa dilakukan selepas mengagihkan bantuan dalam bentuk wang tunai kepada golongan tertentu menjelang PRU15 ini.

Menurutnya, peruntukan bantuan-bantuan yang dikenali i-belia, i-OKU, i-Mahasiswa, i-Pencen dan i-Fitri tidak terdapat dalam bajet kerajaan negeri lepas.

Jelasnya, peruntukan awal untuk bantuan tersebut difahamkan sebanyak RM20 juta dan tambahan RM30 juta lagi semasa agihan dijalankan, menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta.

“Macam mana bagi duit dalam tempoh lima hingga enam hari nak pilihan raya (PRU15), dia bagi duit, sekarang dia adalah pemberi rasuah terbesar,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Alor Lintang di sini, hari ini.

Turur hadir, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut, Datuk Nawi Mohamad.

Sehubungan itu, Ahmad berkata, beliau mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat negeri dan bahagian membuat laporan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, beliau mengharapkan agensi berkaitan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap Pas kerana didakwa bercanggah dengan peraturan pilihan raya.

“Sebab itu polis kena siasat perkara ini, SPR siasat, polis siasat (dan) ambil tindakan atau batalkan penyertaan calon-calon Pas ikut peraturan undang-undang yang ada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya