Nazir Razak bimbang abangnya ditipu Jho Low

Nazir Razak bimbang abangnya ditipu Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan kebimbangannya mengenai abangnya itu yang sedang ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Kebimbangan itu disuarakan Tan Sri Mohamed Nazir Razak yang juga seorang bekas Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. kepada pemilik portal The Edge Malaysia, Tan Sri Tong Kooi Ong yang pernah memegang saham utama dalam PhileoAllied Bank sekitar tahun 90-an.

“Nazir datang berjumpa dengan saya untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Tanggapan awal kami ialah Najib sedang dimanipulasi oleh Jho Low dan beberapa ahli pengurusan tertinggi 1MDB yang bersekongkol dengan Jho Low,” kata Looi Ong.

Tambah saksi pendakwaan ke-43 itu, kebimbangan yang disuarakan oleh itu juga menjadi titik permulaan kepada penyiasatan portal terbabit berhubung syarikat pelaburan negara itu.

Saksi itu berkata demikian dalam perbicaraan kes Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Pada prosiding yang sama ketika disoal balas oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu memberitahu beliau tidak mengetahui mengenai wang yang dikatakan diseleweng daripada 1MDB dimasukkan ke akaun milik keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di Singapura.

Kooi Ong bagaimanapun menyatakan, terdapat artikel mengenai perkara itu yang disiarkan oleh portal The Edge, namun, tidak dapat memberikan kepastian mengenainya.

Bagi pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan, Najib didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok (hari ini). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya