KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua jam keluar kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki kediaman beliau di Bukit Damansara, di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun kenderaan berkenaan tidak berhenti meskipun pengamal media melambai serta melaung ke arah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire yang dinaiki Muhyiddin.
Terdahulu, Muhyiddin dilihat meninggalkan kediaman beliau pada pukul 10 pagi tadi.
Sementara itu, beberapa kenderaan MPV Toyota Velfire dan Alphard kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin sewaktu ketiadaan beliau dan kemudian keluar semula beberapa minit kemudian.
Semalam media melaporkan, teka-teki siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 masih belum terjawab.
Yang di-Pertuan Agong kemudiannya menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional menghadap secara individu di Istana Negara, 10.30 pagi ini. –UTUSAN










