CALON Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), MUTALIB UTHMAN satu-satunya calon luar atau ‘calon import’ bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah. Sebagai sebuah parti baharu, perjalanan kempen sedikit sukar sekiranya tiada bantuan daripada komponen PH yang lain. Namun, jentera Muda yang beroperasi di Parlimen tersebut banyak melakukan analisis berkenaan peluang mereka di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu. Kepada wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI, Mutalib berkongsi…










