SEMPORNA: Presiden Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tiba dengan iringan selawat di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna pada pukul 9.05 pagi tadi.
Penyandang kerusi Parlimen Semporna itu adalah calon terakhir yang tiba bersama ribuan penyokong yang memakai baju putih dengan membawa bendera Warisan.
Mohd. Shafie turut diiringi oleh isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib.
Sebelum ini, antara yang telah diumumkan akan bertanding melawan Mohd. Shafie di kerusi P.189 Semporna ialah Nixon Abdul Habi,53, mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Arastam Im Pandorog mewakili Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN










