Marzuki Yahya bertanding di Sungai Petani - Utusan Malaysia

Marzuki Yahya bertanding di Sungai Petani

CALON Parlimen Sungai Petani, (dari kanan) Shahanim Mohamad Yusoff; Robert Ling Kui Ee; Marzuki Yahya; Tan Chow Kang dan Mohamad Taufiq Johari di Dataran MPSP, Sungai Petani di sini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Marzuki Yahya bertanding di Parlimen Sungai Petani yang menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk seorang calon berusia 80 tahun.

Marzuki, 52, menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.03 pagi setelah calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Chow Kang, 80, menghantar borangnya kira-kira tiga minit sebelum itu.

Anak kepada penyandang kerusi, Datuk Johari Abdul iaitu Mohamad Taufiq Johari akan mewakili Pakatan Harapan (PH) manakala Barisan Nasional (BN) ditandingi Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam negeri, Dr. Robert Ling Kui Ee mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kesemua nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Sungai Petani, Datuk Syed Khairul Anuar Syed Abidin di Dataran Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), di sini hari ini.

Seramai 168,847 pengundi berdaftar akan membuang undi di Parlimen tersebut pada pilihan raya kali ini termasuk pengundi awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya