Manifesto PN Pahang sedia 12 tawaran

Manifesto PN Pahang sedia 12 tawaran, sebahagian besar berkait ekonomi rakyat

SAIFUDDIN Abdullah ketika berucap pada majlis Ceramah Umum dan Pelancaran Manifesto PN Pahang di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Perikatan Nasional (PN) Pahang menyediakan 12 tawaran dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang sebahagian besar berkait keperluan ekonomi rakyat negeri ini.

Bertemakan Pahang Berkat Makmur Sejahtera, manifesto itu dilancarkan Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena Ceramah Umum di hadapan Majlis Daerah Jerantut di sini, semalam.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sebagai sebuah parti gabungan yang mengutamakan bersih dan stabil, kepercayaan agama dan mendukung sistem tadbir urus negeri yang bersih, berintegriti dan cekap antara intipati manifesto tersebut.

“Sebab itulah bagi memartabatkan sebuah kerajaan negeri yang bersih dan stabil, semua 56 calon PN yang bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengangkat sumpah.

“Kesemua calon ini mempunyai mempunyai rekod yang bersih dan diyakini mampu memberi kemenangan pada PRU15 seterusnya merampas Pahang untuk menubuhkan Kerajaan PN Pahang selepas 19 November ini,” katanya ketika mengumumkan Manifesto PN Pahang PRU15 sempena ceramah umum di sini.

Saifuddin yang juga penyandang Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, manifesto itu sudah cukup lengkap untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat berasaskan perubahan yang bakal dilakukan oleh PN dalam bidang ekonomi, sosial, kebajikan seperti pemilikan rumah dan melestari alam sekitar.

“Tawaran ini juga melibatkan hak memartabatkan belia, wanita, warga emas, peluang pendidikan anak Pahang dan memperkasa pelancongan serta kebudayaan negeri. 

“PN akan mengukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat negeri ini termasuk menyelesaikan masalah air dan perumahan menerusi kerangka pembangunan yang berbeza dan baharu juga tersirat dalam manifesto tersebut,” katanya.

Selanjutnya, beliau berkata, PN tidak menjanjikan apa yang ada di langit cuma berjanji apa yang lebih praktikal di bumi yang patut dan akan dilaksanakan oleh pemimpin gabungan itu selepas memenangi PRU15.

Berikut adalah 12 tawaran dalam manifesto PN Pahang -ada PRU15: 

*Pahang mendaulatkan agama.

*Pahang mendukung sistem tadbir urus negeri bersih berintegriti dan cekap.  

*Pahang cemerlang pendidikan.

*Pahang suburkan ekonomi.

*Pahang memperkasakan pemilikan rumah.

*Pahang alam sekitar lestari

*Pahang belia bermaruah

*Pahang belia lestari

*Pahang memartabatkan wanita dan warga emas

*Bantuan perkahwinan anak Pahang

*Bantuan pengajian anak Pahang

*Pahang perkasa pelancongan dan kebudayaan

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.