Lima penjuru di kubu kuat BN, Tanjong Karang

Lima penjuru di kubu kuat BN, Tanjong Karang

HABIBAH Mohd. Yusof (dua kanan) bersama empat calon lain ketika pengumuman rasmi calon di Dewan Dato' Hormat,Tanjong Karang, Selangor, -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerusi Parlimen Tanjong Karang yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Selangor menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof dicabar Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Kerusi itu turut ditandingi Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando dari Gerakan Tanah Air (GTA) dan pesara kerajaan yang bertanding sebagai calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol.

Pengumuman rasmi senarai calon itu dilakukan Pengarah Pilihan Raya Bahagian Tanjong Karang, Mohd. Raiz Radzuan di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang di sini, hari ini.  Kira-kira 200 penyokong parti bertanding berkumpul di sekitar kawasan dewan itu sejak pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan Kosmo/ Utusan Malaysia mendapati suasana bagaimanapun agak suram berbanding kemeriahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Kerusi Parlimen itu menjadi tumpuan sebelum ini apabila Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang juga penyandang tidak terpilih sebagai calon dan mempertahankan kubu terakhir parti itu.

Namun, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri semalam menegaskan tidak akan berganjak untuk terus menyokong dan memperjuangkan BN kerana beliau bukan pengkhianat parti.

Noh berjaya mempertahankan kemenangan kerusi P095 itu sejak 1995 melalui PRU9, PRU10, PRU11, PRU12, PRU13 dan PRU14.

Pada PRU14, Noh yang juga calon BN-UMNO memperoleh majoriti 1,970 undi selepas menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad.

Statistik terbaharu SPR merekodkan seramai 62,194 pengundi akan menentukan wakil rakyat kerusi Parlimen itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya