Lebih 22,000 polis, tentera mengundi di Johor

Lebih 22,000 polis, tentera mengundi di Johor

LEBIH 22,000 polis, tentera mengundi di Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi awal hari ini.

Sebanyak 63 pusat mengundi dengan 86 saluran dibuka bagi proses pengundian awal  pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Bagi pegawai dan anggota PDRM, pusat mengundi diwujudkan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini serta 10 Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri selain beberapa pejabat kerajaan.

Pegawai dan anggota tentera pula mengundi di Kem Mahkota di Kluang, Kem Tebrau di Ulu Tiram, Kem Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD) di Segamat.

Anggota PGA dan pasangan masing-masing pula akan mengundi di Batalion ke-5, pasukan PGA di Simpang Renggam di Kluang dan Batalion ke-6 PGA di Bakri, Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengundi di IPK Johor pads pukul 8.57 pagi.

Tinjauan mendapati hampir 300 pegawai dan polis beratur sejak pukul 7.45 pagi bagi menunaikan kewajipan mereka. 

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Bahru, Johan Arifin Mohd. Ropi serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir turut hadir ke IPK Johor bagi meninjau proses pengundian awal di situ. 

Kamarul Zaman ketika ditemui memberitahu, kesemua 63 pusat undi awal yang dibuka di negeri ini berjalan lancar walaupun cuaca mendung pada awal pagi.

“Seperti di IPK Johor hari ini,  kita menyediakan khemah bagi membolehkan anggota beratur dengan selesa selain dapat berlindung sekiranya hujan.

“Di pusat undi awal di Dewan Dato’ Onn IPK Johor ini, seramai 1,395 anggota polis akan mengundi di sini. Jumlah keseluruhan anggota polis yang mengundi awal di seluruh Johor pula membabitkan 11,544 anggota,” katanya.

Hingga pukul 12 tengah hari ini, lebih 62 peratus telah menunaikan tanggawab mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya