91.06% pengundi awal tunai tanggungjawab

91.06% pengundi awal tunai tanggungjawab

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat isteri anggota tentera memasukkan kertas undi awal ke dalam kotak undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Dewan Angkasaraya Pangkalan TUDM Sendayan, Seremban, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 14,995 da­ripada keseluruhan 16,467 pe­ngundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 menunaikan tanggungjawab masing-masing pa­da proses pengundian awal yang berlangsung semalam.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, jumlah itu mewakili 91.06 peratus da­ripada keseluruhan pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis.

Katanya, proses pengundian awal bermula pada pukul 8 pagi di 38 pusat mengundi awal yang dibuka di seluruh Negeri Sembilan.

“Sebanyak 18 pusat mengun­di ditutup pada pukul 12 te­ngah hari, dua pusat mengundi ditu­tup pada pukul 2 petang manakala baki 18 pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang.

“Seramai 16,467 anggota ten­tera dan pasangan serta ang­gota polis layak mengundi awal dalam PRN Negeri Sembilan Ke-16,” katanya dalam ke­nyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau ber­kata, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta pasukan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik sepanjang proses pengundian awal.

“Penghargaan dan terima ka­sih kepada Pejabat Setiausa­ha Kerajaan Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR,” katanya.

PRN Negeri Sembilan Ke-16 menyaksikan 103 calon ber­tanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan seramai 889,490 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN