fbpx

Lantik Rafizi jadi Menteri Kewangan

RODZIAH Ismail (tengah) bersama penyokong pada penamaan calon PRU15 bagi Parlimen Ampang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR layak dilantik sebagai Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Cadangan itu disuarakan calon PH bagi Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dalam ceramah di padang Taman Muda di Pandan, malam ini.

Rodziah turut berseloroh walaupun pemimpin itu ‘kedekut’, namun Rafizi bijak untuk mengatur kewangan berdasarkan keutamaan dan kebaikan kepada rakyat.

“Insya-Allah kita menang pada 19 November dan esoknya, kita akan dengar Perdana Menteri kita ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya juga doakan Rafizi jadi Menteri Kewangan dan ini adalah angan-angan saya,” katanya yang turut hadir dalam ceramah bersama Rafizi. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN