KUPTM lajar sejarah lahir graduan sulung PhD

KUPTM lakar sejarah lahir graduan sulung PhD

Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur Ke-6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur melakar sejarah lahir graduan sulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan raikan 1,384 graduan dari pelbagai peringkat pengajian dalam Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur Ke-6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Naib Canselor KUPTM, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, sejak naiktaraf kepada kolej universiti tahun 2015, KUPTM kini telah melahirkan lebih 6,000 alumni samada sedang melanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi di dalam dan luar negara, atau sedang berkhidmat dalam pelbagai industri serta membuktikan mampu melahirkan ahli profesion kelayakan tertinggi akademik (PhD).

Dengan kejayaan dan pencapaian ini, KUPTM sememangnya telah mampan dan bersedia menjadi salah satu institusi pendidikan MARA pilihan utama bertaraf universiti penuh pada tahun hadapan. Seiring dengan beberapa pengikhtirafan dalam bidang AFIA, ACCA, Accounting & Business, dan bidang-bidang lain disemua peringkat pengajian, KUPTM juga akan menjadi gedung ilmu yang berorientasikan transformasi anak bangsa sebagai pemacu daya saing bidang Accounting & Business Negara menjelang tahun 2023.  

Barisan Senat KUTPM bergambar sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur Ke-6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Majlis yang berlangsung pada 5 November 2022 telah disempurnakan oleh Dato` Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), turut menganugerahkan tiga Anugerah Khas kepada graduan yang cemerlang iaitu Anugerah Naib Canselor, Anugerah Nilam Baiduri dan Anugerah Berlian.

Seramai 165 graduan telah menerima Anugerah Naib Canselor, 20 graduan menerima Anugerah Nilam Baiduri dan 2 orang menerima Anugerah Berlian.

kutpm
Dr. Siti Zuraidah Zainal mencatat sejarah sebagai graduan PhD pertama Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur.

Menurut Prof. Dr. Abdul Rahim, pembelajaran dan pengajaran di KUPTM telah mendedahkan pelajar kepada pelbagai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh industri di samping menitikberatkan sahsiah pelajar, menjadi salah satu penyumbang kepada kecemerlangan graduan KUPTM.

“Ini telah dibuktikan dengan  kejayaan penerima Anugerah Berlian (kategori Diploma) dari program Certified Accounting Technician (CAT), yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa World 2nd Place Prize Winner, dan Malaysia 1st Place Prize Winner bagi subjek Foundation in Financial Management (FFM) pada peperiksaan Disember 2021. 

“Saudari Hanisah Ibak yang menerima Anugerah Berlian (kategori Diploma) dalam Konvokesyen KUPTM kali ini selayaknya  menerima Anugerah Khas ini atas pencapaian yang sangat membanggakan ini,” katanya.

kutpm

Seorang lagi penerima Anugerah Berlian (kategori Ijazah Sarjana Muda), Saudari Aqilah Najwa binti Badrul Nadzar dari Program Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies telah berjaya menamatkan pengajian dengan PNGK 3.84 dan adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021.

Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk Debat ASTAR di Universiti Malaya, Debat Terbuka Kemanusiaan 2020 (DETAK) di UNIMAS, Sarawak.

Majlis Konvokesyen KUPTM Ke-6 sangat bermakna dan melakar sejarah pertama apabila menyaksikan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Doctor of Philosophy (Specialized in Business & Finance) kepada satu-satunya graduan sulung program ini kepada Dr. Siti Zuraidah binti Zainal yang juga merupakan tenaga pengajar di KPTM Bangi. 

Walaupun dengan kesibukan sebagai tenaga pengajar, berbekalkan semangat, kecekalan dan iltizam yang tinggi, ibu tunggal kepada 3 orang anak ini berjaya menamatkan pengajiannya dan bergraduat hanya dalam tempoh 3 tahun (Januari 2019 – April 2022).  

kutpm

Majlis yang penuh bersejarah ini turut menyaksikan penganuerahan Anugerah Anumerta kepada 2 orang bekas pelajar yang meninggal dunia.  

Iaa telah dianugerahkan kepada Allahyarham Wan Muhamad Izat bin W. Md. Yusoff dari program Bachelor of Information Technology (Honours) in Business Computing.

Allahyarham yang mempunyai penyakit leukimia meninggal dunia ketika sedang dirawat akibat jangkitan Covid-19. 

Manakala seorang lagi penerima Anugerah Anumerta adalah Allahyarhammah Nurnazura binti Mohd Khalid dari program Bachelor of Accountancy (Honours) yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. 

Anugerah telah diterima oleh kedua-dua waris pelajar yang telah dijemput khas ke Majlis Konvokesyen KUPTM kali ini.

Prof. Dr. Abdul Rahim turut mengucapkan tahniah kepada semua graduan dan penerima anugerah, dan mendoakan mereka dapat meneruskan kecemerlangan masing-masing dalam bidang yang bakal diceburi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya