Kertas siasatan lelaki hina Agong dirujuk pejabat Peguam Negara 

Kertas siasatan lelaki hina Agong dirujuk pejabat Peguam Negara 

peniaga lemas

PETALING JAYA: Kertas siasatan pemilik Twitter Zulfadli @Bumilangit akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut selepas siasatan dilengkapkan. 

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, suspek telah tamat tempoh reman hari ini sejak direman kelmarin. 

“PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) akan merujuk kertas siasatan tersebut mengikut peruntukan Perjara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kelmarin, polis menahan seorang lelaki selepas memuat naik video di Twitter dipercayai unsur perkauman dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan direman tiga hari bagi membantu siasatan. 

Pemilik Twitter  Zulfadli @Bumilangit mendakwa tidak mengetahui kesalahan dilakukan dan hanya dimaklumkan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.- UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN