Kerajaan caretaker masih berjalan - Agong

Kerajaan caretaker masih berjalan – Agong

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan keluar dari Istana Negara untuk bertemu dan menyampaikan bungkusan makanan kepada pengamal media.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat bersabar dalam kemelut politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Titah baginda, kerajaan sementara ketika ini masih berjalan seperti biasa.

“Harap semua bersabar dan bertenang. Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan.

“Semua boleh rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika berkenan bertemu dan menyampaikan bungkusan makanan kepada pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara kira-kira pukul 1.37 petang ini. 

Terdahulu, dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang esok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.