Kawalan ketat di Istana Negara

Kawalan ketat di Istana Negara

Polis memperketatkan kawalan di laluan masuk berhampiran Pintu 2, Istana Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis memperketatkan kawalan di laluan masuk berhampiran Pintu 2, Istana Negara, bermula pagi tadi.

Sepasukan pegawai polis membuat pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang ingin menuju ke pintu utama.

Kenderaan yang tidak mempunyai tujuan rasmi diarahkan untuk berpatah balik ke arah Jalan Bukit Semantan.

Selain itu, anggota polis dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut tidak membenarkan mana-mana kenderaan diparkir di bahu jalan keluar dari Pintu 2, Istana Negara.

Sehingga pukul 10.25 pagi ini, kawasan khemah mula dipenuhi pengamal media yang hadir membuat liputan semasaz

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda di Istana Negara, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya