Kapar bakal milik PBM - Zuraida

Kapar bakal milik PBM – Zuraida

ZURAIDA Kamaruddin (dua dari kiri) bersama Dr. Daroyah menyapa beberapa pengundi Kapar di pekan Kapar, Klang, Selangor.-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Parti Bangsa Malaysia (PBM) yakin mereka dapat merampas kerusi Parlimen Kapar daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Zuraidi Kamaruddin berkata, pihaknya yakin selepas melihat sambutan memberangsangkan penduduk di kawasan Parlimen tersebut.

“Apabila pasukan kempen kami pergi ke sesebuah tempat, orang ramai yang berada di situ memberikan sambutan positif terhadap kami.

“Ini memberi keyakinan kepada kami bahawa calon PBM untuk Parlimen Kapar, Dr. Daroyah Alwi boleh menang di sini,” katanya ketika ditemui dalam program kempen Dr. Daroyah di pekan Kapar, di sini, hari ini.

Selain sambutan orang awam, rekod perkhidmatan Dr. Daroyah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa yang baik boleh menjadi salah satu faktor majoriti pengundi di kawasan tersebut akan mengundinya pada 19 November ini.

Sementara itu, Dr. Daroyah berkata, beliau bersama ahli Majlis Getah Malaysia (MRC) kini sedang membuat kajian penggunaan bahan getah sebagai bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi banjir dalam kawasan Parlimen Kapar.

“Ini adalah salah satu rancangan saya bagi mengatasi masalah banjir di Kapar, Meru dan Sementa.

“Apapun, saya harap kerajaan negeri perlu ambil tindakan sewajarnya untuk selesaikan isu ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya