Kalau dikritik Presiden Bersatu, baik Pas bergabung dengan parti lain - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Kalau dikritik Presiden Bersatu, baik Pas bergabung dengan parti lain – Ismail Sabri

SMAIL Sabri Yaakob berucap di hadapan penduduk yang hadir dalam Jelajah Santai Anak-Anak Keramat di Titiwangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Pas supaya memikirkan semula kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, tindakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik kenyataan Pas berhubung kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sesuatu yang memalukan.

“Saya difahamkan Presiden Bersatu tak puas hati kenyataan yang dibuat oleh Pas tapi Pas ini parti yang besar, ditubuhkan lebih awal daripada Bersatu.

“Sepatutnya Pas dominan dan mempunyai kuasa sendiri sebab sebagai parti komponen PN, sepatutnya Pas ada ‘say’ (suara) dalam parti gabungan PN.

“Tapi nampaknya bila Pas buat pandangan sendiri, dia sentiasa dikritik Presiden Bersatu. Jadi saya percaya, kalau itulah caranya, eloklah Pas memikirkan untuk bergabung dengan parti lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Santai Anak-Anak Keramat di sini.

Sebelum ini, Muhyiddin menafikan parti itu akan bergabung dengan BN selepas PRU15 sepertimana yang didakwa Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRU15 perlu melalui mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

“Kita tunggu lepas PRU lah, epas keputusan PRU dibuat. Kalau ada cadangan dan sebagainya. Kita bawa dalam MT. Gabungan dengan parti apa sekalipun mesti diputuskan MT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya