Jamal mohon maaf kepada rakyat Malaysia, DAP

Jamal mohon maaf kepada rakyat Malaysia, DAP

JAMAL ABDILLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi pop tempatan,  Datuk Jamal Abdillah mohon maaf membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia selepas membuat tuduhan terhadap sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP.

Menerusi klip video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok itu memaparkan penyanyi lagu Keluhan Perantau itu berkata, kesilapannya memuat naik video yang mengandungi tuduhan tidak berasas itu adalah khilafnya.

Mengakui kesilapannya itu, Jamal berkata, video tersebut dibuat tanpa pengetahuan keadaan politik sebenar yang berlaku.

“Kepada semua peminat-peminat saya dan rakyat Malaysia yang mengikuti saya punya akaun TikTok. Saya sebenarnya mendengar pandangan serta pendapat daripada pihak lain mengenai perkara-perkara saya sebutkan. Isu ini pernah ditularkan dahulu. 

“Dengan rasa rendah dirinya saya memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia kerana saya ‘spin’ perkara itu dalam keadaan saya tidak mengetahui. Sebagai rakyat negara ini memang kita tidak mahu perkara-perkara itu berlaku,” katanya menerusi klip video itu.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan ‘raja pop’ negara itu menggesa rakyat Malaysia untuk menolak DAP bagi mengelakkan negara tersasar jauh dengan agama Islam, ini disebabkan wujud dakwaan di Penang, muslim tidak boleh melaungkan azan dan sebagainya.

Sementara itu, Jamal turut memohon maaf kepada DAP kerana memuat naik video yang memberi tanggapan buruk kepada parti tersebut.

“Pada DAP khususnya, saya rasa saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kesilapan kalau saya dah lakukan.

“Perkara ini pernah tular dahulu, dalam perbincangan dengan kawan-kawan. Perkara ini di highlight kan dan saya tanpa pengetahuan politik, hanya kerana kebimbangan kepada generasi akan datang saya buat video yang tidak sepatutnya dibuat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN