Ishsam, dari bola sepak ke politik

Ishsam, dari bola sepak ke politik

ISHSAM SHAHRUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Daripada bola sepak ke dunia politik. Itu yang dilalui bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak tahun 80-an dan 90-an, Ishsam Shahruddin apabila menjadi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berusia 56 tahun, Ishsam adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak pada tahun 80-an dan 90-an.

Dia adalah antara pemain bola sepak yang seangkatan dengan maestro negara, Azizul Abu Haniffah serta pemain-pemain seperti Mohd. Nidzam Adzha Yusoff, Roafandi Yusoff, Zaidi Napiah, Chan Kok Heng, A Elangovan dan Mohd Nazrin Chong.

Ishsam dianggap sebagai ‘budak mata biru’ oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) ketika itu dan pengurus tersohor, Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Selepas meninggalkan legasi dalam kerjaya bola sepaknya, Isham kini mahu mengikut jejak Raja Ahmad yang bergiat aktif dalam politik di Bahagian Larut.

Raja Ahmad pernah menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Kurau, Kubu Gajah dan Ahli Parlimen Larut.

“Sebagai pemain, saya menyanjungi arwah Raja Ahmad dan menyimpan impian untuk mengikut jejak langkah beliau dalam politik. Selepas menamatkan kerjaya bola sepak, saya menjadi seorang usahawan dan menceburkan diri dalam perniagaan.

“Saya juga berjinak-jinak dalam politik dengan menyertai UMNO Ipoh Timor,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Isham yang mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM), beliau kemudian dinasihatkan supaya balik ke kampung oleh Ketua UMNO Bahagian Tapah ketika itu, Datuk Azman Mahalan.

“Beliau nasihatkan saya baik berkhidmat kepada orang kampung sendiri. Saya ikut nasihat Datuk Azman dan .menjadi ahli UMNO Cawangan Kampung Rahmat, Bidor,” katanya.

Sejak itu Ishsam tidak menoleh ke belakang dan mula membina kerjaya politiknya termasuk menjadi Ketua Cawangan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tapah, Timbalan Ketua dan akhirnya sebagai Ketua UMNO Bahagia Tapah dan menjadi calon BN di DUN Ayer Kuning.

Ditanya misi dan matlamatnya, Ishsam berkata, beliau menawarkan diri untuk berbakti kepada rakyat di daerah itu.

“Saya lahir dan dibesarkan di daerah ini. Jadi sewajarnyalah saya berbakti dan menyumbang khidmat kepada masyarakat di sini,”katanya

Mengenai peluangnya, Ishsam menyerah kepada pengundi di kawasan itu untuk membuat keputusan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya