Hans Isaac, Altimet iringi calon PKR

Hans Isaac, Altimet iringi calon PKR

Rodziah Ismail (depan) diiringi Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet pada penamaan calon Parlimen Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Pengarah serta pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac dan Penyanyi rap popular, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet menjadi tumpuan media pada penamaan calon Parlimen Ampang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dua selebriti terbabit mengiringi calon Pakatan Harapan, Rodziah Ismail tiba di perkarangan Dewan Dato Ahmad Razali pada 9.03 pagi untuk menghantar borang penamaan calon.

Pencalonan Rodziah dicadang oleh Altimet yang juga Ketua Cabang PKR dan disokong Hans Isaac.

Setakat jam 9.30 ini, seramai sembilan calon bagi kerusi Parlimen Ampang termasuk tiga calon bebas menghantar borang penamaan calon. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya