PAKATAN politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) termasuk Parti Warisan (Warisan) masing-masing mempunyai sandaran untuk menang atau mungkin tewas pad Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini. Dalam 25 kerusi Parlimen Sabah termasuk satu Parlimen di Labuan yang dipertandingkan, kesemua parti politik kerajaan dan pembangkang mempunyai naratif politik serta isu-isu berbeza yang akan disampaikan kepada pengundi di kawasan Parlimen masing-masing. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Politik…










