Geng warga asing curi kabel tumpas

Geng warga asing curi kabel tumpas

AHMAD Ridhwan Mohd. Nor (kiri) menunjukkan kabel tembaga yang dirampas daripada suspek di pejabatnya di IPD Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kegiatan haram geng warga asing yang aktif mencuri kabel tembaga di daerah ini sejak dua bulan lalu tumpas apabila lima lelaki dicekup polis, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 33 hingga 51 tahun itu terdiri daripada empat warga Indonesia dan seorang Kemboja.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan suspek dilakukan hasil laporan seorang peniaga mengenai kes pecah stor simpanan kabel di Banting, Sabtu lalu.

Jelas beliau, hasil siasatan pihaknya kemudian melancarkan operasi dan menahan suspek secara berasingan.

“Tangkapan pertama melibatkan lelaki Indonesia yang juga dalang geng terbabit ditahan pada pukul 2.20 petang.

“Soal siasat ke atas suspek kemudian membawa penahanan empat lagi suspek di sekitar Banting pada petang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Ridhwan, polis antaranya merampas tiga guni kabel tembaga, lima gulungan kabel dan gumpalan kabel yang dianggarkan bernilai RM20,000.

“Selain itu, satu unit pemotong logam, sebuah kereta dan dua motosikal curi turut berjaya dirampas.

“Kesemua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.