Fathul Bari sudah buat kerja sejak PKP

Fathul Bari sudah buat kerja lama

FATHUL Bari Mat Jahya beramah mesra bersama pengundi di Jejawi Dalam, Kangar, Perlis.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kempen Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kangar terus rancak dengan calonnya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya meneruskan kesinambungan mendekati rakyat pelbagai kaum di kawasan berkenaan. 

Menurut Fathul Bari, beliau sememangnya sudah lama mendekati dan membantu masyarakat pelbagai kaum di kawasan itu khususnya sewaktu negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun 2020.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau dan jentera BN akan terus memberikan komitmen bagi mendekati pengundi di kawasan kampung antaranya seperti Bintong, Tok Kuning dan Tebing Tinggi.

“Hasil gerak kerja kita sewaktu PKP sebelum ini bagi membantu masyarakat tanpa mengira kaum masih diingati penduduk setempat dan sasaran kita dalam kempen kali ini juga turut tertumpu di lokasi-lokasi strategik yang pernah kita masuk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan santai bersama pengundi di Jejawi Dalam di sini hari ini.

Parlimen Kangar bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Fathul Bari; Noor Amin Ahmad (PH);  Zakri Hassan (PN); Nur Sulaiman Zolkapli (GTA) dan Rohimi Shapiee (Warisan).

Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, sepanjang tiga hari kempen berlangsung, pihaknya juga melaksanakan Jelajah Pemerkasaan Jentera Parti dengan turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi memberi semangat dan motivasi kepada pihak terlibat.

“Sepanjang dua malam, kami sudah turun ke 16 PDM dan masih berbaki lagi 15 PDM untuk diselesaikan. Pada waktu siang, kami turut mendekati masyarakat menerusi program ‘walkabout’ untuk bertemu masyarakat tanpa mengira kaum di Parlimen Kangar,” katanya.

Tambah Fathul Bari, beliau turut menyeru pengundi di DUN Indera Kayangan agar dapat memberikan sokongan kepada calon BN, Lim Weng Khee dalam PRU15 yang lebih berkaliber berbanding penyandang kerusi berkenaan.

“Weng Khee antara pemimpin MCA yang tampil dalam program bersama UMNO sejak awal dan beliau calon yang sesuai untuk menggantikan penyandang kerusi itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya