Fakhiz VE mohon doa kesembuhan anak - Utusan Malaysia

Fakhiz VE mohon doa kesembuhan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Anggota kumpulan VE, Fakhiz memohon peminat agar mendoakan kesembuhan anaknya, Jauza Hanania yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam usus.

Meskipun reda, penyanyi tersebut berharap anaknya sembuh segera daripada penyakit tersebut.

“Dia dimasukkan ke hospital sejak tujuh hari lalu kerana muntah teruk. Doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan kuman dalam usus sehingga mengakibatkan hilang selera makan.

“Badannya lemah namun memberi tindak balas selepas diberikan susu. Doktor risau apabila bacaan gula dalam darahnya merosot.

“Dia juga mengalami hidrasi dan badannya perlu dimasukkan air. Saya mohon semua doakan kesembuhannya,” katanya usai konsert Gegar Vaganza, semalam.

Fakhiz enam hari lalu berkongsi keadaan Jauza di Instagram yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami hidrasi gara-gara jangkitan berkenaan.

Meskipun risau dengan keadaan anaknya, Fakhiz memaklumkan dia reda dengan ketentuan Tuhan.

“Isteri yang masih berdepan kesakitan selepas bersalin menanggung kesedihan dengan keadaan Jauza.

“Saya pesan kepadanya agar reda dengan apa yang berlaku. Reda untuk perkara lepas dan yang akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN