Dua penganggur pecah masuk kedai serbaneka ditahan

Dua penganggur pecah masuk kedai serbaneka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua penganggur ditahan polis selepas disyaki terbabit kejadian pecah masuk sebuah kedai serbaneka di Pekan Ampang, di sini kelmarin.

Pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 9 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian disedari pekerja kedai iaitu lelaki berusia 30 tahun yang tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dan melihat pintu belakang kedai diumpil.

“Pengadu mendakwa beberapa barang hilang dengan anggaran kerugian RM13,000.

“Bertindak atas laporan, kita menahan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun di sekitar daerah ini antara pukul 6.45 petang hingga 8.10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan berjaya merampas beberapa barangan seperti komputer riba, pengecas mudah alih, minyak wangi dan mesin gunting rambut milik pengadu.

Katanya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 22 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya