Dua lelaki ditahan terlibat judi Piala Dunia

Dua lelaki ditahan terlibat judi Piala Dunia

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan judi bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 20-an dan 50 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Soga IX di Hilir Perak dan Ipoh.

Katanya, selain peranti dan peralatan catit taruh, turut dirampas wang tunai berjumlah RM500.

“Aktiviti pertaruhan Op Soga di Kontinjen Perak dikesan menggunakan satu aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya. 

“Suspek hanya perlu ‘top up’ aplikasi berkenaan dengan membeli top up atau secara terus di premis yang menyediakan top up tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan berterusan sedang dijalankan untuk memerangi aktiviti perjudian itu secara menyeluruh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana terlibat dalam perjudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya