DAP perlu hormati komponen parti GPS, SUPP - Abang Johari

DAP perlu hormati komponen parti GPS, SUPP – Abang Johari

ABANG Johari Tun Openg
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu terus menghormati komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) meskipun telah membuat permohonan maaf kepada negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata yang pentingnya parti itu datang meminta maaf.

“Mereka juga akui kesilapan yang dilakukan oleh mereka, apa yang disebutnya ialah buka lebaran baharu.

“Tetapi, pada masa yang sama mereka perlu menghormati komponen parti GPS, iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Petra Jaya hari ini.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak pada kunjungannya di kediaman Premier Sarawak.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra, saya telah memaklumkan kepada Premier (Abang Johari) bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” katanya dalam satu kenyataan

Sementara itu Abang Johari berkata,w permohonan maaf itu membuktikan kerajaan GPS merupakan kerajaan yang telus sepanjang memerintah negeri itu.

“Ini bermakna kita betul selama ini, kerajaan kita (GPS) adalah kerajaan yang bersih.

Ditanya sama ada GPS akan memberikan peluang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Abang Johari berkata GPS belum mempunyai keputusan itu memberikan sebarang kata putus.

“Apa yang berlaku sekarang ialah Perdana Menteri ke-10 baru saja angkat sumpah, sudah tentu kerajaan yang baru mengambil kira nasihat daripada Yang Di-pertuan Agong.

“Baginda menasihati untuk membentuk kerajaan perpaduan demi mengatasi kemelut politik. Justeru itu, GPS akur dengan titah baginda mengikut kuasa yang ada pada baginda dibawah Perlembagaan Malaysia,” tambah Abang Johari. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.