Tupai King jadi rebutan walaupun dijual RM120 sekilogram

Tupai King jadi rebutan walaupun dijual RM120 sekilogram

CHIN Wai Kian menunjukkan isi durian Tupai King yang dijual di bandar Kuala Lipis di Lipis, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Varieti durian premium Tupai King yang turut digelar ‘durian billionaire’ menjadi rebutan penggemar raja buah di daerah ini walaupun harganya mencecah RM120 sekilogram.

Pekebun durian, Chin Wai Kian, 46, berkata, hanya sebatang pokok Tupai King di kebunnya di Kampung Rengai, di sini berbuah pada musim ini, namun setiap buah yang gugur terus ditempah oleh peminat raja buat tersebut.

“Sejak minggu lalu Tupai King mula gugur, pelanggan tidak berhenti bertanya. Ada yang me­nempah lebih awal kerana tahu hasilnya terhad. Walaupun hanya sebatang pokok berbuah, permintaan sangat tinggi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat jualan Durian Kingdom di Kuala Lipis, di sini.

Wai Kian berkata, keunikan Tupai King terletak pada ulas tebal, isi berkrim dengan rasa manis-pahit seimbang dan aroma kuat yang membuatkan penggemarnya sanggup membayar harga tinggi tanpa berfikir panjang.

“Ramai pelanggan membe­ritahu rasanya seperti gabungan Musang King dan Black Thorn. Tekstur lembut, beraroma dan seimbang. Itu sebabnya saya letak harga RM120 sekilogram kerana ia hasil pertama dari kebun saya musim ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun hasil tidak lebat, permintaan luar biasa menyebabkan ada penggemar hampa kerana buah sudah habis ditempah lebih awal.

“Musim depan saya yakin pokok Tupai King berbuah le­bih banyak dan terus mendapat pasaran tinggi walaupun harganya setaraf makanan ‘billionaire’,” katanya.

Menurutnya, fenomena Tupai King ini menambah ‘warna’ kepada pasaran durian premium negara selepas Musang King dan Black Thorn menjadikan Lipis kini tersenarai sebagai lokasi baharu penggemar durian.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN