Dakwaan Razman melampau

Dakwaan Razman melampau

ASHRAF Kahasani (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Razman Zakaria di IPD Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tuduhan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria terhadap Pakatan Harapan (PH) dan pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu rakaman video ketika kempen Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini, sebagai tidak berasasdan melampau.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani berkata, tuduhan Anwar akan membawa pelbagai budaya songsang jika menjadi perdana menteri manakala
DAP pula membawa agenda komunis, boleh menggugat ketenteraman negara.

Katanya, tuduhan sedemikian juga sudah kerap kali dibuat oleh lain-lain pemimpin Pas terhadap PH dan Anwar.

“Sudah banyak kali Razman membuat isu retorik yang sama, menyentuh tentang sensitiviti kaum dan juga agama.

“Jadi, laporan polis dibuat agar pihak berkuasa menyiasat Razman untuk diambil tindakan kerana beliau secara terang-terangan membuat satu tuduhan yang jelek dan tidak berasas,” katanya membuat laporan polis terhadap Razman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini semalam.

Ashraf berkata, pihaknya kesal kerana tuduhan yang melampau terhadap PH dijadikan bahan kempen PRU15 oleh pihak lawan.

“Sebaliknya kalau kita tengok jika Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang, beliau lebih tertumpu kepada masalah rakyat dan bagaimana untuk mengembalikan ekonomi serta memajukan rakyat.

“Tetapi Perikatan Nasional (PN) lebih tertumpu kepada isu berkaitan dengan kaum dan agama, yang mana mereka sering mainkan sejak menubuhkan gabungan yang sebelum ini Muafakat Nasional (MN) dan sekarang PN,” katanya.

Terdahulu, Razman dilaporkan mendakwa Anwar membawa budaya songsang manakala DAP membawa agenda komunis jika PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Razman adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi DUN sama, berdepan saingan tiga penjuru dengan Nazirul Jamaluddin (BN) dan Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar (PH). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.