Calon PRU15 perlu mohon permit bagi program ‘walkabout’ - Utusan Malaysia

Calon PRU15 perlu mohon permit bagi program ‘walkabout’

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu mengemukakan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, permit berkenaan perlu diperoleh bagi setiap kali mengadakan aktiviti perjumpaan awam, perhimpunan awam, pertunjukan awam terbuka, hiburan awam atau memberikan ucapan awam atau syarahan terbuka semasa kempen PRU15.

Jelas beliau, ia sepertimana ketetapan di bawah Subseksyen 24B(3) Akta 5 (kempen pilihan raya dan batasan mengenainya).

“Bagi aktiviti ‘walkabout’ pula permit hanya perlu dipohon sekali untuk keseluruhan tempoh berkempen dalam kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana calon bertanding.

“Jika kawasan ditandingi melibatkan dua atau lebih daerah polis, maka permohonan perlu dikemukakan di salah satu Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Hazani, keperluan permohonan permit adalah bagi membolehkan PDRM mengambil langkah dalam memastikan calon-calon dapat menjalankan aktiviti kempen dengan lancar.

“Calon-calon yang bertanding hendaklah mengambil langkah bagi memastikan pertembungan dielakkan dan tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program walkabout dijalankan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya