Calon BN Pandan makan nasi lemak sebelum mengundi - Utusan Malaysia

Calon BN Pandan makan nasi lemak sebelum mengundi

LEONG Kok Wee menunjukkan dakwat pada jarinya ketika mengundi di Dewan Orang Ramai Taman Saga di Pandan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pandan, Datuk Leong Kok Wee sempat menikmati hidangan nasi lemak sebelum mengundi di Dewan Orang Ramai Taman Saga di sini hari ini.

Ketua MCA Pandan itu hadir kira-kira pukul 9.30 pagi dengan berbaju kemeja putih.

Kok Leong berkata, sebelum ke pusat pengundian itu, dia sempat ke Bilik Gerakan BN Taman Saga dan menikmati sarapan pagi di situ.

“Saya tidur pukul 2 pagi dan bangun kira-kira pukul 6 pagi.

“Pengalaman kali ini lebih tenang berbanding ketika kali pertama saya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.

Selain beliau, turut mengundi di Parlimen ini ialah calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Tan Sri Ong Tee Keat.

Tee Keat yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya.

Calon lain, Rafizi Ramli (PKR) pula mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman di Kemaman, Terengganu manakala Muhammad Farique Zubir Albakri (Perikatan Nasional) di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa.

Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Nadia Hanafiah mengundi di SK Bukit Bandaraya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya