Bot terbalik, penoreh getah ditemukan lemas

Bot terbalik, penoreh getah ditemukan lemas

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Tasik Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan hari ini. - FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang penoreh getah ditemukan lemas selepas perahu dinaiki bersama anaknya terbalik semasa mahu mengangkat pukat yang ditahannya di Tasik Danau Tok Uban, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi, mangsa Mohd. Asri Mohd. Nor, 51, yang berasal dari Kampung Chasi Tok Uban dikatakan terjatuh ke dalam tasik itu selepas apabila kayu yang dipacak dipukatnya patah secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa bersama anaknya Khairul Nizam, 13, telah ke lokasi itu untuk mengangkat pukat dengan menaiki perahu selepas selesai bersarapan pagi di kedai kopi pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, semasa mangsa dan anaknya itu mengangkat pukat, kayu yang dipacak telah patah sebelum perahu terbalik dan mereka jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa dipercayai terus tenggelam ke dalam sungai manakala anak lelakinya menjerit meminta pertolongan apabila mereka berdua tidak pandai berenang.

“Penduduk kampung yang berada berhampiran sungai itu sempat menyelamatkan anaknya, namun mangsa tenggelam di dalam air. Penduduk telah melakukan selaman ke dasar sungai sebelum menemui mangsa yang sudah tidak bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Tok Uban sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya